Friday, July 23, 2010

Hasad Dengki Dalam Pandangan Islam

okie topik untuk kali ni ye kawan2 lebih menjerumus kepada negative attitude yang sudah merebak di kalangan masyarakat kita ni..so aku tak nak comment lebih atau kasi pandangan aku serah pada yang pakar..so bacalah article ni..semoga Allah s.w.t melindungi kita dari sifat2 ni yea kawan2....Amin!


Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar. (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441)

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam: Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.

Di dalam diri setiap manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama. Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenal sebagai ghibtah.

Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain itu. Ini bukanlah dengki sebenarnya.

Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah ada bersabda bermaksud: gTidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan.

gKedua keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.h (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi Mustika Hadis 106)

Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan dua nikmat pemberian itu amat besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap orang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semoga Allah mengurniakan nikmat itu. Dengan itu dapatlah ia menggunakannya menurut cara sebaik-baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang itu.

Kesimpulannya, hasad yang membawa kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati untuk turut berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan nikmat Allah dan menggunakannya kepada perkara yang diredai-Nya.









5 comments:

Anonymous said...

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

ya allah...kau berikanlah balasan kepada farah adar die sedar kesilapannya.amin.


*jahatnye kau

Anonymous said...

siape lah yang kecut skang kan?
balik rumah belajar sampai pandai dulu..doofus!

Anonymous said...

kau x terasa kena kat batang hidung sendiri ke? adess.. lawak gile kau ni! hahahahahah!
lain kali pakailah otak nak kenakan org.. ni pakai jerawat watpe? hahahahahah!

Anonymous said...

by the way,if tak tahan kene critic,private aje blog kamu nie..and please stay away from his life.

F for Fabs! said...

suka hati la nak cakap ape..aku happy je! :) semogo Tuhan betul2 tunjukan kau jalan ok..aku doakan hati kau cepat sembuh..Amin!