Sunday, July 24, 2011

perginya seorang ayah..

Aku yang menjadi saksi saat kepergian dia sehinggalah saat jasad dia di kebumikan..mata ini juga menyaksikan kesedihan dan  kepedihan sang isteri juga seorang anak..


Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..


semoga tabah sahabat ku..



“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukan ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya),”
 (QS. Al An-am : 2).

Wednesday, July 20, 2011

amek kau.

Semasa menuggu untuk di panggil interview...aku berborak sakan lah dengan chinese guy ni..dia nampak baik sehinggalah perbualan itu ke arah..


Chinese guy : are you malay?
Me : yes i am..why?
Chinese guy : ouhh i thought u chinese sebab you tak pakai tudung, orang melayu kan kena pakai tudung.
Me : *hilang kata-kata*


okbai.

Sunday, July 17, 2011

:)



"He lost someone who loved him the most"

Friday, July 15, 2011

LFC

Semalam bersamaan 14th of July, saya menemani kekasih2 saya menjalani sesi latihan..sweet kan i??
saya bersama lebih dari 30 000 supportes LFC yang lain membanjiri stadium Bukit Jalil dengan satu niat, menonton aksi2 Joe Cole, Carrol, Kuyt, Carra, Meireles, Charlie Adam and etc beraksi secara live!! tapi frust juga lah Gerrad, Suarez and Lucas tiada..tak pe ada rezeki kita jumpa di Anfield..cewahh!

awwwww terujaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! ok malas nak byk cakap enjoyy and envy pictures below!









Tidak sabar menanti esok! please bring Anfield vibe to bukit jalil tomorrow!!whatever it is my pray still goes to Malaysia man..Go Tigers! Go The Reds! love both equally! hehe


Tuesday, July 12, 2011



آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا ائْتُمِنَ خَانَ
“Tanda-tanda munafik ada tiga; apabila berbicara dusta, apabila berjanji mengingkari, dan apabila dipercaya khianat.” (HR. Muslim, Kitabul Iman, Bab Khishalul Munafiq no. 107 dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Tuesday, July 5, 2011

Triplet fairytale

Saya dah jumpa awak awal, tapi time tu saya tak available dan tak punya perasaan dengan awak. Bila saya sudah sendiri awak pula tak available dan perasaan awak dekat saya tak pernah pudar. Tapi awak selalu cakap kalau ada jodoh tak kemana
................................................................. 

Lepas dari peristiwa hitam itu, tiada orang yang boleh cair kan saya sehinggalah awak muncul, awak muncul setelah bertahun tahun kita tak pernah bertegur sapa. Pelangi saya beri kan nickname untuk awak sebab awak datang lepas hujan. Tapi awak datang dan pergi, datang kembali dan tiba2 hati saya rasa bukan pelangi yang saya cari sebab pelangi dtg untuk sementara waktu sahaja macam awak. Baru saya sedar matahari yang perlu saya cari.
.................................................................

Saya nampak kesungguhan dan keikhlasan awak, saya tak tipu saya punya perasaan yang sama! saya sudah suka awak tapi belum tahap sayang. Tiba2 hati saya jadi keliru, atau mungkin hati saya beri signal yang die belum pulih sepenuhnya..mungkin dia malu nak tunjuk diri dia yang dah x berapa nak cantik..
.................................................................

Tunggu hati saya betul2 cantik akan saya berikan pada yang selayaknya..dan tentunya bukan sekarang..biar kan Tuhan yang menentukan. 


Dear mr.sun, wait for me :)

aku okay.

Aku sekarang berada di dalam training ground, training diri sendiri untuk lebih bersabar..bersabar dengan apa jua yang terjadi. 


Sebab as you become older, ujian dari Tuhan itu lagi kuat..lagi maha hebat dari yang sebelum. Walau kau dah berjaya atasi satu per satu ujian, from one level to the highest level, ujian seterusnya sedang menuggu. Jadi train diri sendiri menjadi sabar dan redha setiap yang dikehendaki Nya.


Kunfayakun.

Saturday, July 2, 2011

Highly Recommended

I am very much impressed by these two films.




Sekali Lagi :')


Transformers: Dark of the moon  ;DDDD

Tak perlu kata banyak lah..just watch! 

Day 10 Challenge


Day 1: 10 things about me

Day 2: 10 things I love
Day 3: 10 things I hate
Day 4: 10 things I want to say to 1 person
Day 5: 10 wishes
Day 6: 10 items I can't live without
Day 7: 10 important people
Day 8: 10 of my favorite songs
Day 9: 10 ways to win my heart

Day 10: 10 final words

Erk..?? last challenge ni macam pelik je..final words?? okay xpe2..layankan je..

Here are my 10 final words, my most fav quotes lah apa lagi..hehe

1.We must hurt in order to grow, fail in order to know, lose in order to gain. Because some lessons in life, are best learnt through pain.

2. If you cant let go of the wrong one...you'll NEVER find the right one.

3. Allah selalu memberi pelangi di setiap badai, senyum di setiap air mata, berkah di setiap cubaan dan jawapan di setiap doa.

4. It's not that I've changed, I just stopped caring. You never gave me a reason to keep at it, so I'm done.

5.Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (94:5)

6.God sometimes pushes us out of our comfortable lives to teach us to trust him. We may fall a bit, but he will never let us hit the ground.

7.You have to love who you are, before you can love who you are with.

8.Stop Stressing about the "could have's" if it was meant to be then it would have

9.Plant your own garden and decorate your own soul, instead of waiting for someone to bring flowers.

10. Prayer change things!


Friday, July 1, 2011

Day 9 Challenge

Meme Umaida*sila cari di facebook using search friend* kata aku malas nk terus kan 10 day challenge..Dia tak tahu yang sebenarnya aku buntu untuk challenge yg ke 9 ini..bayang kan lah diri sendiri pun tak tahu mcm mana mahu memenangi hati sendiri..dalam hati ada batuuu! 

Tapi setelah di kaji aku dah discover beberapa tips to win my heart ...ecececwah

1. Matang dalam semua segi(emosi,problem,responsible,independent, etc). Maksud matang di sini bukan jadi serius 24 jam yea..itu namanya tak emotional intelligence, still ada sense of humor!.


2. The Real Gentleman! rare sangat nak jumpa orang semacam ini, i mean memang ramai yang gentleman tapi gentleman at 1st place je bila dah dapat terus character ni missing in action!. 


3. Treat women with respect! Perempuan di jadikan dari tulang rusuk lelaki. Ada falsafah mengatakan "Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik".


4. People with brain! yea semua orang ada otak dan tak semua orang tahu untuk utilize kan otak mereka. Know the facts, the history and pendek kata knowledgable. Bukan auta!Brag ppl is my major turn off! 


5. Berkarisma/personaliti, ada satu aura seperti mungkin cara dia berkomunikasi atau cara pembawakan diri yang boleh menarik perhatian. Sweet talker bukan kategori ini, harap maklum!


6. Berseni! Art is very general, music is art, painting is art! Bila orang berseni ni jiwa dia sangat halus. Bila jiwa halus dia senang menjiwai orang lain. 


7.If you know how to win my mom's heart you are indirectly win my heart too. 


8. ....


9. .............


10. the rest find out yourself. ;p




But tak de lah kau kene ada semua character di atas utk memenangi hati aku, nobodys perfect! mungkin ada 1 atau 2 ke..kalau semua2 ada aku rasa kau dah kunci hati aku sampai mati! hahah ;ppp 








Thursday, June 30, 2011

12 years and still counting...

Kuat hatinya,
Tabah hatinya,
Hadap manusia dengan senyum lebar dan jenaka sinis.

Bila semua mereka berpaling
dia terduduk jatuh
berlagu tangisan..

Semoga kau tabah menghadapi hari2 yang sukar sebelum berjumpa sang matahari.


Wednesday, June 29, 2011

Day 8 Challenge

Day 8: 10 of my favorite songs

1. Bella luna- Jason Mraz
   

2. Dont Speak - No Doubt
   

3. Surrender -  Billy Talent


4. She got her own-  jamie fox


6. Nidji- Dosakah aku 


7. Angin - Dewa


8. Animal- Neon Tree


9. Jangan Lupakan - Nidji


10. Karma Police - Radiohead




Actually sangat banyak, 10 ni yang terlintas dalam otak aku buat masa ini

Monday, June 27, 2011

Day 7 Challenge

Hey hey dah masuk hari ke-6..consistent tak saya? hihi lets jom..dah lets jom lagi kan..check it out my day 6 challenge..*challenging sgt!!*




Day 7: 10 important people

1. mak
2. mak
3. mak
4. ayah
5. big family
6. crackers peeps
7. bff uitm johor
8. bff uitm s.alam
9. my partner in crime/my good listener/my ..... :)
10. menteri pertahanan/askar wataniah dan polis di raja malaysia


Sunday, June 26, 2011

Day 6 Challenge

Alamak dah ter miss out satu hari, ok sebagai denda saya akan kiss ed westwick saya sebanyak 10kali..*kalau macam tu hari2 miss pun xpe*


ok i'll proceed to the next challenge..

Day 6: 10 items I can't live without

1. food
2. internet
3. hp
4. pain killer
5. food again
6. food
7. food
8. food
9. food again and again
10. foooooooooooooooooooooooooooood!

hahaaha *brain damaged!

Saturday, June 25, 2011

kesian.

Sedang aku membelek2 status facebook seorang perempuan manis ini, hati aku jadi sayu pula..setiap status dia seakan2 menagih kasih sayang dari kekasih atau dalam  bahasa kasar kurang kasih sayang..mungkin kekasih dia terlalu bz sampai lupa akan dia...think positive! sebab dulu aku pun macam tu attention seeker! haha..

Dan melalui itu aku rasa aku bole produce satu love theory, kalau lah betul dia adalah milik kita dan sudah di tercatat oleh yang Maha Kuasa apa perlu di tagih kan? malah kekasih itu memberi tanpa perlu kita minta. Kita akan terasa cukup dan tak kan pernah terasa kurang nya. Semua org tak sempurna, jadi Tuhan itu mengirim kan seseorang dalam hidup untuk membuat kan hidup kita bertambah sempurna, mengisi lubang2 imperfection jadi 'perfect'. Sebab itu orang kata hidup berpasangan perlu saling lengkap melengkapi.

Aku tak suruh kau setuju dengan love theory ini, ianya datang dari fikiran aku secara tiba2. Kalau tak suka jgn adapt, baca sekali lalu dan sila muntahkan..

yah i know no one perfect, semua tak sempurna termasuk aku kecuali DIA.


Day 5 Challenge

Okay we move to the next challenge..Check it out :


Bismillahirahmanirahim..


10 wishes

1. BMW X6 with my own money. wuwuwuuuu!!

2. Perform hajj and umrah with mom n dad.

3. Australia with friends or cuzens

4. Owned house with my own money!

5. Have good career development, successful career women wannabe!

6. Stable life when i reach 40 years old

7. Paris with love.


8. Meet someone who can lead me to the right path

9. Meet my soulmate

10. Biar lah rahsia...




May my wishes come true. Amin Amin Amin Ya Rabbanalalamin!

Friday, June 24, 2011

Day 4 Challenge

10 things I want to say to 1 person..


i choose my future husband can ? can laa..:)


Dear my future husband, 

1. Awak tak perlu drive BMW atau Mercedez Benz nak impress atau win my heart, saya bole beli sendiri kalau saya nak*cewah macam byk duit*. I dont count your money but I count your effort.

2. Bila saya sedih, bole tak awak hold me tigh and wipe my tears? kasi kekuatan untuk saya. 

3.Bila saya marah! awak jgn mara saya balik tau..nanti saya kecik hati lagi susah awak nak pujuk. Apa kata awak diam dan kiss saya. mesti saya cair.

4. Skill memasak saya buat masa sekarang kurang sebab kalau saya enhance skill saya, habis lah reputasi mak kan. Tapi demi awak saya akan belajar bersungguh sampai awak x sanggup nak makan kat luar and nak balik kerja cepat sebab nak makan hasil air tangan saya..hihi 

5. Beli rumah tak payah la besar sangat, sebab saya ni penakut tau! mana tau kalau awak outstation ke saya tinggal sorang2 saya takut.

6. Kalau gaji awak besar mana pun, saya tetap akan bekerja selagi saya mampu, penat2 je mak ayah saya hantar belajar tinggi2 lepas tu tak utilize kan ilmu2 tersebut. Kalau gaji awak kecik sah2 la saya akan kerja, kena lah saling bantu membantu..saya x kejam! hihi

7. Awak, hati saya ade retak2 tau sebab penah jatuh...sory! tapi saya dah susun n tampal balik dah..tampal guna gam gajah lagi..awak jgn jatuhkan lagi tau mesti susah nk mend balik nnt :(

8. Sebagai lelaki, saya mahu awak bimbing saya ke jalan yang lurus. Bole awak kejut subuh? ingat kan saya solat walau bz mana pun awak. Ajar kan saya ilmu2 ketuhanan atau kita sama2 pergi mencari ilmu itu utk bekalan sana.

9. Terima kasih sebab dalam dunia ini banyak perempuan hebat, cantik bergaya dan bergetah, rambut blonde ikal mayang, body hot dan mantap tapi awak tetap pilih saya yang biasa2 ni. How lucky i am :)

10. Now i wonder where you are and what are you doing now soulmate?






Melaka menggamit memori *cewah!*

Kali terahkir menjejakan kaki di bumi Melaka adalah 3 tahun yang lepas, dan pada 18 June yg lalu, Melaka here we come!

Me and Maffez geng dah plan 3 weeks before sebab kita orang nak spend time together before semua orang bz dengan kerjaya masing2. Rasa macam dah sangat dewasa pula cerita perihal kerjaya! lepas ni lepak sure cerita pasal office masing2 je la. No more assignments tests quizes or final! no more ponteng kelas! haihhh rinduu..

Actually kejap sangat kitaorg kt Melaka tak berapa nak enjoy, but yang paling penting i've mate my fatina! i miss her like soooooo much! 










i'm gonna miss her again :')


MELAKA till we meet again ya..:)

Thursday, June 23, 2011

Day 3 Challenge

Saat ini jam menunjukan 11.59 p.m maknanya 1 minit lagi pukul 12, cincai hari ni juga lah kan?kan? bz la hari ni!

okay tanpa melengahkan masa, saya akan meneruskan cabaran yang ketiga iaitu perkara yang tidak disukai atau dibenci dan sama  denganya! 

10 things I HATE!


1. Mathematics 
Urghhhhh benci la tengok symbol sinus lah, square root lah, sigma lah dan se kategori dengan nya! kadang2 aku tak berapa nak faham lah kenapa orang ambil science actuary ke engineering ke. Tapi actually aku kagum dan envy orang yang bijak matematik nih! salute la dude!

2. Hot weather/sweating 
Sweating sebab kan cuaca yang panas! kalau bersukan bole accept lagi. Masalahnya duduk diam pun berpeluh2...acane?? lagi-lagi sekarang musim panas kan! rumah saya sangat lah panas air cond tak boleh menandingi tahu! *tapi kan ai teruja bila tgk u sweat! hehehe!*

3. Waiting 
Bukan lah benci sangat menunggu sebab ada perkara kita buat akan buat kan kita perlu menunggu seperti membayar bil yea. Tetapi bila kena tunggu lebih dari waktu yang sepatutnya mana letak nya peri kemanusiaan? setiap orang tahap kesabaran dia ada limit kalau dah lebih limit atau overheat u die! haha!

4. Orang yang tak kenal erti serius! 
Semua benda nak buat main2 and semua benda nak di joke kan.Bukan saya mintak orang serius 24 jam! tapi kita kena professional lah when it comes to serious matter. Ada masa bole main2 ada masa kena serius, mesti kena dengan tempat dan waktu. Please take ur life seriously.


5.Dishonesty 
Ini paling saya allergic! Semua orang tak suka kena tipu, rasa macam diperbodohkan sahaja walau kau belajar sampai PHD. Tapi kalau terpaksa tipu juga make sure dah professional jangan sampai kantoi ya! bak kata pujangga "berkatalah benar walaupun ianya pahit"! 


7. Membuat pilihan 
Bak kata ayam fared si punjangga " aku pilih di pilih dari memilih" dan bak kata kenny remy martin pula " walau kita di hadapkan dengan berbagai pilihan, mengapa sering terjadi pilihan tak menepati". kalau bole semua kata pujangga aku nk keluar kan.

8. Saya paling benci orang yang berkira!
kalau setakat hutang 20 sen kau tuntut nak cakap apa lagi yea? *based on true story!*

9. ...........................................

10. .........................................................

the rest? figure out yourself.


Wednesday, June 22, 2011

Day 2 Challenge

Okay sudah masuk cabaran ke 2 untuk hari kedua..mencabar sungguh! 10 benda yang saya cintai! fuhhh...

10 things i LOVE

1. Jam Tangan - Emilio Valentino, brand ni mmg tak glamour langsung macam guess ke fossil ke FCUK ke..saya dapat jam ini masa saya berumur 15 tahun, jam ni sebenarnya UiTM kasi present kat ayah sebab apa ntah lupa..Dia kasi pair so mak saya x suka pakai jam tangan lalu saya lah pakai. Saya pakai start dari PMR sampai la ni..haaa! kalau hilang menggagau mencari tapi setiap kali hilang confirm jumpa balik! kalau da jodoh tak kemana! paling cinta! 

2. Baby Dell (notebook) - Saya juga mencintai beliau, ini notebook pertama saya. harap2 lah yang terakhir..2 laptop sebelum ni da arwah! so harap2 dengan baby dell ni dapat lah kekal lama!

3. Blackberry - Ini adalah hp pertama saya tanpa menggunakan keringat saya, datang dari ayah!! tapi kadang2 dia buat hal lah!

4. Vidal Sasson Comb- hadiah dari aleesya! rambut aku tak kan nampak bermaya tanpa sikat itu! *padahal sikat tak sikat memang serabai rambut* aleesya kasi masa aku nk cont study kt segamat,2006 till present ma!! sayang nak mati sikat tu. 

5. Beg Puma - Hadiah dari emak utk keputusan PMR! hihi walaupun da buruk sikit tapi sentimental value die sangat tinggi. 

6. tu je

7. benda 

8.yang

9. aku

10.cintai

okbai.

:')

LESSON LIFE :

berusaha bersabar dan terus berdoa..
and miracle thing will happen.

Terima Kasih Ya Allah.

Tuesday, June 21, 2011

Day 1 challenge

Okay kite mulakan cabaran yang pertama iaitu 10 things about me:




10 things about Nur Farahin Shamsuri


 1. Saya adalah perempuan! saya yakin saya perempuan!

 2. Saya adalah anak bongsu tapi saya tak manja! saya manja dengan boifren je *gedik*..tapi boifren xde lg so manja kan diri sendiri je..hihi

 3. Saya gadis sederhana bak kata omputeh *girls next door*.
 simple sahaja tak suka melebih2..


4. Saya membesar di shah alam, selangor! i'm proud to be selangoriann! tapi saya tak racist! 

 5. Berdikari adalah satu kepuasan buat diri saya

 6. Saya pakai kasut size 6 size baju selalu nya S kalau paling besar M..Alhamdulillah L belum lagi..

 7. Saya tidak cantik macam lisa surihani mahu pun jessica alba tapi saya comel macam saya! tapi org selalu ckp muka saya iras2 jeslina hashim and intan ladyana *ok muntah!*

 8. Saya over-thinking! saya suka fikir..kadang2 memudaratkan diri sendiri itu yang pimples tumbuh sana sini..haihh

 9. Kalau saya sayang orang, saya sayang sungguh2! 

 10. Dan saya seorang pendengar yang setia, u can share anything if u want too. :)

10 days challenge

Perkataan bosan tu aku rasa 20 juta  kali keluar dari mulut yang munggil ni..opss munggil ke?? kelass kau mariaaa! 


So untuk me-reduce kan rasa bosan itu, gue telah tertarik untuk melakukan cabaran( curik dari blog dzul*ala blog yg pemes tu yang owner die KACAK!)


All challenge are listed as per below :



Day 1: 10 things about me
Day 2: 10 things I love
Day 3: 10 things I hate
Day 4: 10 things I want to say to 1 person
Day 5: 10 wishes
Day 6: 10 items I can't live without
Day 7: 10 important people
Day 8: 10 of my favorite songs
Day 9: 10 ways to win my heart
Day 10: 10 final words




Thursday, June 16, 2011

test

Banyak perkara yang mengecewakan berlaku sejak kebelakangan ini..hati sedikit remuk. Tapi berbekal kan pengalaman yang aku pernah tewas paling besar aku tetap terus letak +ve ion dalam otak supaya badan akan terus bangkit tanpa berbaring lama..


Walauapa pun tetap bersyukur aku secara rasmi nya telah graduasi dan adalah pemegang ijazah sarjana muda.
Tetap syukur *senyum lebar*




lepas hujan, aku tak harap pelangi lagi kerana pelangi itu sekejap sahaja dan terus berlalu. yang aku harapkan lepas hujan matahari muncul menerangi aku...

Wednesday, June 15, 2011

fact

"sometimes words are better left unsaid"

this is sooooo true!!

Monday, June 6, 2011

rindu itu mulia



 "orang-orang yang memendam kerinduan baik lelaki mahupun perempuan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar atasnya sampai mati kerana kerinduan tersebut, maka dia mendapatkan pahala syahid di akhirat."
-suyuthi-

Wednesday, June 1, 2011

good people and good food!

This is what happened during my last week as an intern in Petronas Carigali 

Sis Dalina belanja us makan at Dessert Bar, KLCC ;)



Encik Nizam the manager treated us at Saba Restaurant, Setiawangsa and plus celebrating Kak Pah's birthday..;)


Kak Dewi a.k.a my mentor belanja us makan at Chillis ;)


my tummy was soooooooooooooo happy!!! ;DD


and the farewell present..:')


Hoorayhhhhhhh! apa rasa bila di hargai se demikian rupa???

 its indescribable!!!

Alhamdulillah! this is rezeki from Allah s.w.t through the kindness of them. ;) Semoga mereka2 di murahkan rezeki..Amin!