Tuesday, July 5, 2011

Triplet fairytale

Saya dah jumpa awak awal, tapi time tu saya tak available dan tak punya perasaan dengan awak. Bila saya sudah sendiri awak pula tak available dan perasaan awak dekat saya tak pernah pudar. Tapi awak selalu cakap kalau ada jodoh tak kemana
................................................................. 

Lepas dari peristiwa hitam itu, tiada orang yang boleh cair kan saya sehinggalah awak muncul, awak muncul setelah bertahun tahun kita tak pernah bertegur sapa. Pelangi saya beri kan nickname untuk awak sebab awak datang lepas hujan. Tapi awak datang dan pergi, datang kembali dan tiba2 hati saya rasa bukan pelangi yang saya cari sebab pelangi dtg untuk sementara waktu sahaja macam awak. Baru saya sedar matahari yang perlu saya cari.
.................................................................

Saya nampak kesungguhan dan keikhlasan awak, saya tak tipu saya punya perasaan yang sama! saya sudah suka awak tapi belum tahap sayang. Tiba2 hati saya jadi keliru, atau mungkin hati saya beri signal yang die belum pulih sepenuhnya..mungkin dia malu nak tunjuk diri dia yang dah x berapa nak cantik..
.................................................................

Tunggu hati saya betul2 cantik akan saya berikan pada yang selayaknya..dan tentunya bukan sekarang..biar kan Tuhan yang menentukan. 


Dear mr.sun, wait for me :)

2 comments:

Anonymous said...

ure damn good with word. i like it.

F for Fabs! said...

hee biasa ja..ikhlas dari hati.