Monday, March 21, 2011

thought

aku selalu received msg sweet dari dia seperti 

"Lindungi insan ini YA ALLAH..gud nite!"

"saya teringat kamu, hope kamu baik2 je ye. Tke Cre. Gd nite"

terharu sangat..! bila sebenarnya kita tahu yang orang selalu ingat dan doa untuk kita :')

kita rindu awak lah!


she's my blood till forever..

call me miss been there done that!

Di pagi ahad yang ceria..tapi perbualan yang agak serius bersama emak dan mak tam (my aunty). Perbualan ini jarang-jarang berlaku terutama dengan mak, cerita berkisar hati yang koyak atau lebih manis di panggil broken heart. Ini semua gara2 cousin aku yang baru lepas putus cinta! mungkin obviously mereka nampak akan kekoyakan hati dia. 

Ada dua sudut pandangan yang berbeza, mak tak pernah rasa dan lalui broken heart, dialog mak sangat senang dan mudah "sudah lahh..yang lepas tu lepas lah". Tapi bagi mak teh aku ibu kepada sang hati yang koyak ini sangat2 menyelami hati itu dan turut menangisi pemergian seorang yang paling anak gadis dia kasihi. Aku sudah tentu selalu menjadi bahu dia, sebab aku tersangat faham apa yang beliau rasakan, terlalu faham..pedih dan perit! Mak tam cerita balik di saat dia menghamburkan segala kesedihan dia sama ibunya, sungguh dramatik! tiba-tiba mak tam tanya aku dulu masa jiwa aku koyak kepada siapa aku hamburkan kesedihan? aku cakap sendirian..bila koyak semakin luas, rasa sakit teramat sangat aku rela duduk sendirian dan hamburkan segala kesedihan aku. Aku malu untuk cerita sama emak, aku malu tunjuk air mata aku, aku malu tunjuk aku lembik depan mak hanya sebab seorang yang bukan penuh milik aku.Lagipun,aku tahu mak tak kan masuk campur hal personal anak2 dia. 

Tiba-tiba emak bilang, mak tahu aku lalui zaman pedih itu..mak tahu aku kehilangan orang yang aku paling kasihi. Emak kata dia mahu aku belajar untuk face it segala keperitan itu sendiri, supaya aku lebih kuat tanpa perlu bergantungan pada sesiapa. Memang selama ni mak memang ajar aku berdikari, tapi tak tahu pula sampai ke jiwa pun mak mahu aku berdikari. But see me now, lesson learned and my heart become stronger every each day. Alhamdulillah! Mak tam tanya aku sama ada hati aku masih kosong atau tak? Aku cakap yea  masih kosong! belum rasa nak isi lagi, rileks2 dulu! mak cakap mungkin aku belum ready tapi lepas ni kalau hati aku dah buka mungkin dengan dia sampai habis. Cepat-cepat aku Amin kan apa yang mak cakap :) haihh penat tahu mahu jahit hati yang koyak itu sendirian, kau untunglah ada orang jahit kan. 

Tapi perbualan itu sudah sedikit menetaskan benang yang terjahit dekat hati...ouch! macam flashback balik rasa sakit itu! Ishh..nak pergi 'tailor' suruh dia repair balik..okbai! 




"My parents don’t even know the real me. They don’t know how many tears I’ve cried. How many nights I spent waiting for a call. How many times I’ve been hurt by someone. They don’t know that their “little princess” has grown up." #tumblrsays



Friday, March 18, 2011

TOLONG LAH SAYA TAK NAK IPHONE 4!


saya cuma nak ini je..kindly refer image as per below :



Dear Lord,
i want ipod touch sooooooooo badly!!! 


Okeh da masuk dalam category wishlist!



kunfayakun

Aku merasa tersangat simpati dengan rakyat japan..two in one, gempa bumi dan juga tsunami! Aku tak dapat bayangkan kalau aku di tempat mereka....berhadapan dengan keadaan panik, bila air laut hitam seakan raksasa mengejar manusia..membaham puluhan ribu orang..kehilangan harta benda dan orang yang tersayang dalam sekelip mata sahaja...sudah jatuh di timpa tangga, dari gempa bumi 8.9 skala richter ke tsunami dan kini letupan loji nuklear akibat gempa bumi telah membuatkan radiasi radioaktif bertebaran di udara..


Mari kita doakan supaya Tuhan memberi kekuatan tabah melalui dugaan yang teramat besar ini...Amin!! 


Itu juga salah satu kekuasaan Tuhan.."kunfayakun" (jadi, maka jadilah)..dan tiada siapa dapat menghalangNya.








p/s : Ouh jangan lupa doa untuk saudara kita di Libya, Bahrain dan Yaman..Semoga kembali tenang..











Saturday, March 12, 2011

dialog antara ibu dan anak

"nanti cari kerja dekat sini je, senang and tak penat" kata emak

"yea mak" jawab anak yang baik

"jauh2 ni susah penat badan lagi, duit pun mesti banyak guna" tambah emak yang penyayang

"susah2 kawen je la, kan senang, semua senang" kata anak yang suka berangan

"dah ade ke?" mata bersinar

"tak de!" 


*diam seribu bahasa*

Monday, March 7, 2011

please turn off the 'light'

aisha suka buat kawan satu kubur dia turn off :

SITUATION 1
"sha kalau aku pegang barang banyak2 mesti dia akan ambil separuh..awwww"

cerita sambil mata bersinar.

"fara die xnak barang yang kau pegang tu jatuh than rosak!"

SITUATION 2

"sha...you know what i bumped into him! like OMG!!! lepas tu dua2 cakap sorry secara serentak!"

"owww really??"

"yea shaa!!"

muka aku excited habis sangat2 gedik tahap max.

"fara...die tak rasa excited pun macam kau rasa sekarang"


ok terus turn off!

dan buat aku kembali berpijak di bumi yang nyata..

Saturday, March 5, 2011

passion

owhh its March already! 
time fly soooo fast man! 

Maknanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum aku menamatkan latihan industrial aku di PCSB..sad so sad! memang malas nak bangun pagi pergi kerja, memang letih sangat sebab banyak sangat kerja, memang 'sakit' juga sebab duit banyak melayang. memang berkorban macam2. Tapi nak compare dengan experience yang aku dapat, sangat2 worth which money cant buy! like seriously! 

So lepas ni aku akan jadi job-seekers! tak kisah la company apa pun janji kerja, freshie macam aku ni kena mula dari bawah kan. Ramai suruh aku kerja dengan Petronas,ingat senang ke nak masuk Petronas tu? Orang biasa2 macam aku ni 10% chances je bole dapat. Sebab melalui observation aku, diorang sangat hebat! yes i admit i'm not as good as them cuz they are brilliant! macam rasa rendah diri je bila tengok kehebatan diorang. Thats why, dapat intern kat sana pun dah sangat-sangat bersyukur! tak pernah aku mimpi dapat kerja dekat twin tower tu. Bila Tuhan menakdirkan aku mengasah skill dekat situ aku rasa sangat2 bersyukur.

Of course, i feel so anxious to start my new phase of life, like seriously! tapi nasiblah industrial training ni buat semua student2 well prepared for real working life. I dont know, we dont know what will happen in future, but with the hope we created and guidance from GOD, insyAllah everything will be perfectly fine. As long as you never forget your creator, HE will always be on your side no matter how hard it takes you! I believe HE is the ONE and ONLY you can count on and trust! because humans r failed to proved they can be trusted.





"nothing great in the universe has been accomplished without passion"
-Georg Wilhalm-