Di pagi ahad yang ceria..tapi perbualan yang agak serius bersama emak dan mak tam (my aunty). Perbualan ini jarang-jarang berlaku terutama dengan mak, cerita berkisar hati yang koyak atau lebih manis di panggil broken heart. Ini semua gara2 cousin aku yang baru lepas putus cinta! mungkin obviously mereka nampak akan kekoyakan hati dia.
Ada dua sudut pandangan yang berbeza, mak tak pernah rasa dan lalui broken heart, dialog mak sangat senang dan mudah "sudah lahh..yang lepas tu lepas lah". Tapi bagi mak teh aku ibu kepada sang hati yang koyak ini sangat2 menyelami hati itu dan turut menangisi pemergian seorang yang paling anak gadis dia kasihi. Aku sudah tentu selalu menjadi bahu dia, sebab aku tersangat faham apa yang beliau rasakan, terlalu faham..pedih dan perit! Mak tam cerita balik di saat dia menghamburkan segala kesedihan dia sama ibunya, sungguh dramatik! tiba-tiba mak tam tanya aku dulu masa jiwa aku koyak kepada siapa aku hamburkan kesedihan? aku cakap sendirian..bila koyak semakin luas, rasa sakit teramat sangat aku rela duduk sendirian dan hamburkan segala kesedihan aku. Aku malu untuk cerita sama emak, aku malu tunjuk air mata aku, aku malu tunjuk aku lembik depan mak hanya sebab seorang yang bukan penuh milik aku.Lagipun,aku tahu mak tak kan masuk campur hal personal anak2 dia.
Tiba-tiba emak bilang, mak tahu aku lalui zaman pedih itu..mak tahu aku kehilangan orang yang aku paling kasihi. Emak kata dia mahu aku belajar untuk face it segala keperitan itu sendiri, supaya aku lebih kuat tanpa perlu bergantungan pada sesiapa. Memang selama ni mak memang ajar aku berdikari, tapi tak tahu pula sampai ke jiwa pun mak mahu aku berdikari. But see me now, lesson learned and my heart become stronger every each day. Alhamdulillah! Mak tam tanya aku sama ada hati aku masih kosong atau tak? Aku cakap yea masih kosong! belum rasa nak isi lagi, rileks2 dulu! mak cakap mungkin aku belum ready tapi lepas ni kalau hati aku dah buka mungkin dengan dia sampai habis. Cepat-cepat aku Amin kan apa yang mak cakap :) haihh penat tahu mahu jahit hati yang koyak itu sendirian, kau untunglah ada orang jahit kan.
Tapi perbualan itu sudah sedikit menetaskan benang yang terjahit dekat hati...ouch! macam flashback balik rasa sakit itu! Ishh..nak pergi 'tailor' suruh dia repair balik..okbai!
"My parents don’t even know the real me. They don’t know how many tears I’ve cried. How many nights I spent waiting for a call. How many times I’ve been hurt by someone. They don’t know that their “little princess” has grown up." #tumblrsays
No comments:
Post a Comment