Friday, July 23, 2010

Hasad Dengki Dalam Pandangan Islam

okie topik untuk kali ni ye kawan2 lebih menjerumus kepada negative attitude yang sudah merebak di kalangan masyarakat kita ni..so aku tak nak comment lebih atau kasi pandangan aku serah pada yang pakar..so bacalah article ni..semoga Allah s.w.t melindungi kita dari sifat2 ni yea kawan2....Amin!


Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar. (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441)

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam: Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.

Di dalam diri setiap manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama. Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenal sebagai ghibtah.

Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain itu. Ini bukanlah dengki sebenarnya.

Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah ada bersabda bermaksud: gTidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan.

gKedua keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.h (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi Mustika Hadis 106)

Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan dua nikmat pemberian itu amat besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap orang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semoga Allah mengurniakan nikmat itu. Dengan itu dapatlah ia menggunakannya menurut cara sebaik-baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang itu.

Kesimpulannya, hasad yang membawa kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati untuk turut berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan nikmat Allah dan menggunakannya kepada perkara yang diredai-Nya.









Sunday, July 18, 2010

update.

part 5 sudah! yehaaaaa....! 1 more semester to go..i wish i grad on time! Amin!...
for this semester, subjek agak tough juga...semua lebih mendalam berkenaan dengan
sumber manusia..teheee...

aku amek 7 subjek utk semester ni :
1. Employment Law
2. Industrial Relation
3. Strategic Management
4. Risk Management
5. Ctu (Ethnic)
6. Bell (Report Writing )
7. Compensation Benefit

and senior2 kata killer paper was strategic mgt and risk managament...ouch! cuaknya!

so far semua lectures OK! tatau la kan mula simpan taring dulu ke..tapi semua lecturer supercool..and my fav lecturer was strategic mgt lecturer..dia tau2 je nak tackle interest student kan..dia akan panggil student bukan nama, tapi the big position macam.."ok u the CEO, what do u think about strategic management"..supercool kan??
Salute kat leturer risk management sebab highest knowledge die..biar pun ngantuk time die lecture tapi kata2 yg keluar dari mulut dia tu yang aku tak pernah terfikir pun...
Subjek lain2 pun ok je..paling2 baik n soft Puan Intan ajar subjek compensation and benefit..sangat baik! haihh..tak sampai hati nak ponteng class..;p
Industrial relation and employment law je aku still tak de idea pasal both subjek..yes its related tapi tak faham lagi konsep..tak nampak lagi the main idea pasal both subjek..kena warm up sendiri dlu ni..bahaya ni...dua subjek ni still key in view!

ouh by the way i am bz now preparing for practical..
resume sume dah siap and dah send pun dekat company2..
and the selected company was freescale,nazabikes and carrefour..
still searching few more company lagi actually...
hope dapat la sangkut mana2 company...
risau juga ni..
i pray everything gonna be fine..Amin!

macam tak percaya je dah besar dah nak kena cari kerja cari duit sendrir..heeeeee ;pppp

confused.

aku ingat saat aku rasa annoying gila dengan kau..
benciii sangat!

and it changes just for one stares...

its totally change....

and i remember the last word u said to me twice
"take really good care"
i nodded..
than u leave..
i stand still wishing u to turn back but u juz walk away....

since the day a part of my life was change...



kenapa aku perlu rasa macam tu?








p/s : tiada kaitan dengan yang dah berlalu..


;)






ALHAMDULLILAH...!