Tuesday, August 24, 2010

bila aku cakap bye2

aku termenung lama sangat dekat satu titik fokus yang usang..
lalu aku ketinggalan..lalu aku kecewa..lalu aku berdarah..

God shake me!
Tuhan tolong jangan kasi aku toleh kebelakang lagi..
aku sudah buka langkah
sudah beranjak satu tapak lalu aku berhenti dan toleh kebelakang
lalu kecewa..lalu berdarah..

sekarang tiba masa untuk langkah kedua..
jangan pusing..jangan toleh
pandang hadapan..
yang belakang tetap belakang
tak kan boleh kejar
tak kan boleh lepasi aku
aku yakin!

selamat tinggal dunia 'sakit'!

Monday, August 16, 2010

ting tong shakalakalakababyyy!

weyh awak..rindu awak lah! serious saya tak tipuuuuuu...!
tapi tak pe saya doakan awak bahagia2 je selalu okie??










p/s : rindu je la...not more than that...

Sunday, August 15, 2010

orang dapur bila kita nak jumpa lagi?

lamanyaaa tak update belog saya! tapi blog tak lah berhabuk sebab saya akan masuk juga kemas2 sket..actually dah write half page but than click close..ntah la now nak berblogging pun macam tak de mood sangat since aku ade musuh! ceh! tak de lah mmg aku malas pun! rasa macam tak bernas sangat pun kalau nak click 'publish now'

eh eh eh dah bulan puasa da lahh!! Happy Ramadhan to all! ;) puasa lah kamu kerana itu satu rukun islam yang patut kite tunaikan..hari ni da masuk ramadhan ke-6..Alhamdulillah aku puasa dengan jaya nya..Ramadhan this time macam lain dari lain..aku puasa sebagai seorang gadis yang keseorangan setelah di tinggalkan kekasih hati..wak lu!! bajet sedih sangat! tak de pun orang tersyg nak wish selamat sahur! xde pun orang tersyg nak wish selamat berbuka! hakhakhak..bajet aku kisah lah? aku rasa Ramdhan this year paling tenang dari last..serious tak tipuuu! last year aku kurang rasa nikmat tu..bz dengan hal duniawi yang hampir hancur time tu..eh tak payah ingat lah..mcm fish je rasa!

study? semakin malas! seriously! aku rasa malas sangat nak study even test berlambak2..rilek2 mak nenek je aku kan..tido lagi banyak..eh silap2 online lagi banyak dari tido..aku tatau kadang2 aku menderita sakit insomnia..tapi tu chances aku utk study kan? tapi haram la nak study! pastu jawab test gempak! gempak sebab cuak tak tahu jawapan lah! hakhak hamek kau! lepas tu menyesal janji dengan diri sendiri tak malas lagi..janji tinggal janji..tengoklah sekarang masih sempat berbeloging kan..haiyaa! pade hal tuesday wednesday aku test kot! eh wednesday aku ade interview untuk internship! cuak lahhh! hope evrything's will be fine! Amin!

overall life much better than before..omputeh kata live life to the fullest! menikmati sangat setiap saat hidup aku sekarang..tenang Alhamdulillah..;) orang kata nak tengok pelangi kena lalu hujan dulu...aku dah basah kuyup kena hujan kan..turn aku lah nak baring tengah2 padang sambil menikmati pelangi..kenapa dengki? tak kan? hidupku caraku? sebok sangat pehal? kawan baik sendiri nak cakap2 belakang plak..kecow! eh termarah plak..sorry!


k la tu je..malas nak hias cantik2 font ni..rasa tak lalu nk baca tak payah baca..padahal da baca habis kan..eleh!





p/s : 2 bulan lepas i nampak you..you nampak i..semalam you nampak i..i nampak you juga...macam ada karen..bole tak nak nampak lagi? *gatal mode* hakhakhak..

Friday, July 23, 2010

Hasad Dengki Dalam Pandangan Islam

okie topik untuk kali ni ye kawan2 lebih menjerumus kepada negative attitude yang sudah merebak di kalangan masyarakat kita ni..so aku tak nak comment lebih atau kasi pandangan aku serah pada yang pakar..so bacalah article ni..semoga Allah s.w.t melindungi kita dari sifat2 ni yea kawan2....Amin!


Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar. (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441)

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam: Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.

Di dalam diri setiap manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama. Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenal sebagai ghibtah.

Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain itu. Ini bukanlah dengki sebenarnya.

Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah ada bersabda bermaksud: gTidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan.

gKedua keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.h (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi Mustika Hadis 106)

Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan dua nikmat pemberian itu amat besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap orang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semoga Allah mengurniakan nikmat itu. Dengan itu dapatlah ia menggunakannya menurut cara sebaik-baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang itu.

Kesimpulannya, hasad yang membawa kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati untuk turut berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan nikmat Allah dan menggunakannya kepada perkara yang diredai-Nya.